Monday 1 July 2013

Kisah & Hikmah 3

Kisah: Pada Tahun 1977, seorang lelaki berada dalam keadaan berang kerana keretanya dilanggar oleh kereta yang lain. Kebetulan, datang seorang pemuda dan memberitahunya, adalah lebih baik beliau berpura-pura cedera, supaya dia layak menuntut pampasan insurans. Lelaki itupun segera berbaring di hadapan keretanya, sambil menunggu ambulans datang mengambilnya yang "cedera" itu. Namun, apa yang berlaku adalah sebuah kereta datang melanggar keretanya dan lelaki itu digilis sehingga mati.

Hikmah: Alangkah ruginya mereka yang hendak untung dengan menggunakan "jalan singkat"


Sunday 30 June 2013

Kisah & Hikmah 2

Kisah: Apabila kerja-kerja pembesaran hospital hendak dimulakan di Maputo, Mozambique, Afrika, pekerja yang sedang meruntuhkan dinding hospital terkejut apabila mendapati ada satu ruang luas wad bersalin yang sudah siap berada di sebalik dinding itu. Ia tidak pernah digunakan kerana kontraktor lama tersilap membuat dinding, padahal sepatutnya mereka membuat pintu. Lebih pelik, tidak ada siapa yang menyedari "kehilangan" wad bersalin itu, walaupun ia wujud pada pelan. 

Hikmah: Dalam diri kita, ada banyak kekuatan yang tersembunyi. Pecahkan tembok penghalang dan miliki kuasa yang jauh lebih hebat daripada sebelum ini. 

Nasihat: Cuba gali dan selidiki apa sumber diri ataupun kekuatan yang anda punyai yang apabila anda gunakan mulai saat ini, hidup anda akan mengalami metamorphosis yang luar biasa. 

Saturday 29 June 2013

Kisah & Hikmah 1

Kisah: Ahli astronomi yang membuat kajian di Parkes Uniersity di Australia menggunakan teleskop radio bagi mengesan kewujudan makhluk asing. Tidak berapa lama, mereka mengatakan mereka mempunyai bukti kewujudan mahkluk asing selepas berjaya mengesan isyarat gelombang tertentu setiap kali waktu petang sebelum waktu makan malam. Kemudiannya, mereka menyedari itu hanya gelombang dari ketuhar gelombang mikro dari tingkat bawah bangunan itu.

Hikmah: Kita mungkin melakukan kesilapan. Sentiasa menilai diri dan menuntut ilmu supaya kesilapan dapat dikurangkan.

Nasihat: Masalah semasa adalah natijah pemikiran semasa. Justeru, bagi menangani masalah semsa, murnikan hati dan ubah pemikiran semasa. Cara yang membawa kejayaan masa kini mungkin menjadi penghalang kepada kejayaan masa hadapan.